Rabu, 18 Februari 2015

Cuti-cuti ke kelantan

Assalammualikum semua....

Kali ini kami bercuti dan jalan-jalan di Kota Baharu, Kelantan Darul Naim. Negeri Cik Wan Kembang....

Kami bertolak dari Kemaman pagi tadi jam 7 pagi... Bukan main seronok anak-anak saya. Dari malam tadi sibuk bizi mengpac (bahasa baru, hahaha) mengemas baju masing-masing. Sibuk tanya " Mama, nak bawa baju berapa pasang ye, baju tidur berapa" dan macam-macam soalan... Mama ada kolam tak, saya nak swim...

Oh anakku... Macam - macam request pulak. Untuk kali ni punya trip saya memang cari apartment yang ada kolam renang. Nak rehatkan badan, minda (konon...) dan SHOPPING  (ha haha tu wajiblah kan)  biasalah kitakan penat buat kerja dari pagi hingga ke malam. Apa salahnya sesekali reward diri sendiri..

Kami sarapan dekat dengan area kijal tadi. Makan lah kami anak beranak nasi minyak, nasi lemak dan pulut ikan masin. eemmmm sedapppp... Alhamdulillah perut sudah kenyang, apalah jalanlah...
Kami teruskan perjalanan ke kota baharu melalui lebuhraya pantai timur. Jalan pun cantik... Tak jam pun... Teruskan lagi perjalanan.. Kami berhenti makan tenghari hari di Selingsing.. Kedai depan Pejabat Pos Selingsing Makan sedap dan murah lagi... Alhamdulillah....

Teruskan lagi perjalanan kami ke Kota Baharu.... Jalan dah mula jam dan panas.. Al maklumlah dah masuk jam 1 tengahri..  Anak mula seronok sebab nak sampai dah... Tapi jam teruk bila nak menghampiri kota baharu.. Gerak sedikit sedikit...ramai sungguh anak kelantan balik kampung ye.. Kedai pun banyak tutup. Sebab petang ni kan makan besar...

Kami selamat sampai di Pelangi Apartment jam 2 lebih kuranglah... Lepas stettle dengan tuan rumah. Tak boleh guna basement sebab penuh lumpur. Jadi kami terpaksa parking dekat belakang, angkat barang2.
:-
Nasib ramai bala tentera (hihi anak ramai, 5 org alhamdulillah) bawalah sorang sikit barang.

Sampai apartment.. Wow  ... Alhamdulillah cantik, kemas dan bersih sekali..
Owner dia Haji Ismail 013 9328118
Harga pun berpatutan..

Ok sampai disini dulu nak solat Dan rehat sekejap... Nanti intan update lagi

Isnin, 16 Februari 2015

Pizza ooo pizza

Nak kongsi info dari kawan ye...

Hati semasa memilih pizza, baca betul-betul kat belakang tu.

Macam-macam ada dipasaran sekarang. Buatlah pilihan yang tepat dan selamat.

Khamis, 6 November 2014

Donat Sedap Dan Mudah

Semalam punya projek dengan anak, buat donat berbentuk star. Aiiiii, mesti korang pelikkan. Donat star...**** . Ni semua idea anakku, Iffah. " Mama, apa kata kita buat bentuk lain pulak nak. Asyik2 bentuk ring aje.. Boringlah bentuk tu.." Nak buat bentuk ape? Jap iffah ambil acuan ye. Maka keluarlah acuan yang dapat free kat Mc D.. Buatlah si iffah dan si adik Aina buat donat bentuk star, bentuk love dan bentuk apple.  Saya hanya tolong canai tepung. Tukang terap assistance dua orang ni. Dalam hati berkata bila nak siap gini. Bentuk star ni dah lah kecil. Letih mama nak tunggu siap gini. Sabar yelah.. Anak-anak punya pasal...

Ok saya share resepi pulak ye. Resepi ni dari kawan saya siti.

Donat sedap dan senang (rangup diluar lembut dalam)

2 sudu kecil mauripan (letak sedikit gula dan air suam)
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar majerin
1 cawan tepung gandum
Air secukupnya..

#Ni untuk satu adunan. Gandakan untuk lebih ye..

Caranya:-

1. Setelah mauripan tadi berbuih-buih. Boleh dicampur dengan tepung, susu dan majerin.
2. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli hingga tepung tak melekit pada tangan anda.
3. Biarkan seketika. Tutup dengan tuala lembab.
4. Setelah tepung naik, uli sekali lagi dan mula lah proses membentuk.
5. Buat sampai habis dan boleh mula mengoreng donat star yang cute miut tu..

Puding Roti Marble

Salam semua... Lama x menjengok blog. Maaf ye.. Hari ini saya nak berkongsi satu resepi yang mudah dan senang untuk kita buat. Sebab saya suka yang mudah - mudah aje, tak banyak remeh-remeh. Semudah 1 2 3...

Ni resepinya :  Puding Roti Marble

1 paket agar-agar
6 cawan air
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
6 keping roti
2 biji telor
Sedikit esen vanilla
Perwarna - biru, pink, kuning, hijau (suka hatilah warna apa2 pun).

Cara-cara

1. Masak agar2 bersama dengan 6 cawan air.
2. Sementara agar2 nak lembut. Kita boleh siapkan bahan kedua.
3. Bland susu cair, pekat, telor, esen dan telor hingga hancur dan sebati.
4. Bila agar2 sudah hancur, masukkan campuran tadi bersama-sama. Masak dengan api yang kecil. Kacau berlahan-lahan.
5. Asingkan kepada beberapa bahagian untuk warna. Sebagai contoh  ......

6. Tuang berselang seli untuk dapatkan corak yang menarik nanti.

Dah siap masuk dalam peti, biar keras dan boleh makan.:-)